Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati. Disitulah Allah melenyapkan segala rsa putus asa & kesedihan akibat dosa, kmudian diganti dengan harapan & keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Kerana ku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku...

Monday, June 13, 2011

Peringatan Allah, buat hati yang gersang

sahabat2...inshaAllah,hari ni min nak share beberapa potong ayat dari surah Al Muddassir.ayat yg pertama sekali, dh mnunjukkan Allah menyeru kita(hamba2Nya) utk bangun dari kecantikan dunia yg sgt2 melalaikan.. apa kata Allah? "Whai org yg berselimut!Bgunlah,lalu berilah peringatan! dan agungkanlah Tuhanmu! dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala perbuatan yg keji..." (Al Muddassir:1-5)

MashaAllah..Allah sedang bercakap dengan kita,ni... sedang menegur kita yang terlena, dengan buaian kemanisan dunia...
astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullahaladzim.. beristighfarlah sebanyak mungkin, kerana istighfar bisa menguatkan jiwa kita kembali. bisa membuat hati kita tunduk tawaduk pada Allah. bisa mengentalkan kembali keimanan yg mungkin sudah layu.. kerana iman manusia ibarat roda.terkadang di bawah.terkadang tinggi menjulang.

min amat terkedu..pabila membacakan ayat2 peringatan Allah dalam surah Al Muddassir ni.
surah ni, pada ayat pertengahan hingga akhir, menceritakan tentang neraka Saqar.
mashaAllah..diterangkannya apa itu neraka Saqar.
dan apa tujuannya Allah menceritakan? segala2nya terjawab dalam surah ni.
Tuhan pemilik timur dan barat... bergetar rasanya jiwa bila membaca..ni baru baca terjemahannya, belum lg membaca tafsir nya.. subhanallah... T_T

"dan tahukah kamu apa neraka Saqar itu?
Saqar itu tidak meninggalkan,dan tidak membiarkan.
Yang MENGHANGUSKAN kulit manusia,
Diatasnya ada sembilan belas(malaikat penjaga)        Al Muddassir:27-30

gerunnya,astaghfirullah.......
siapa yg nak masuk neraka?? semuanya nak ke syurga,betul tak?
sebab tu lah, dunia ni ibarat penjara bg orang mukmin. mengapa?? kerana nafsu mereka terikat. nak tu..tapi tak boleh.hati kena jaga. nak ini.. tapi tak boleh..Allah larang..
namun, pemelihara2 hati ini, sudah ada syurga yg menanti mereka di akhirat kelak. kerana pengorbanan jiwa mereka.

Allah juga telah berfirman,
"tahukah kamu perdagangan apa yg paling baik buat kamu?
iaitu berjihad dgn jiwa, dan hartamu."

dalam surah al muddasar ni, Allah sudah pun menerangkan, bahawa Saqar ini hanyalah sebagai peringatan buat kita. agar hati merasa takut pada Allah. takut utk membuat laranganNya..subhanallah... sesungguhnya bibir inilah yg mengucap dahulu..telinga ini lah yg mendengar dahulu... peringatan buat diri ini juga, yg terkadang terpesona dgn keindahan dunia..

"sesungguhnya Saqar itu adalah sebuah benjana yg sangat besar,
Sebagai peringatan bagi manusia,
iaitu bagi siapa diantara kamu yg ingin maju (min naak!) atau mundur(nauzubillahiminzalik! moga dijauhkan! T_T  )
setiap orang BERTANGGUNGJAWAB atas apa yang telah dilakukannya,...."         Al Muddassir:35-38


Hati yang gersang..dahagakan kasih Allah.. rindukan pada kemanisan iman.. hanya kekuatan yg diberi Allah, membuatkan hati yg gersang kembali mencari Tuhan. dalam hati min, "aku tak mahu menjadi pohon yg gersang seperti ini. daunnya amat lah sedikit, tidak menghijau, dan sering gugur! pohon yg gersang langsung tiada manfaat bagi manusia! kerana tidak boleh dijadikan tmpat berteduh. akarnya mungkin sudah rosak, lantaran itu ia tidak mampu untuk mengeluarkan bunga lagi."  astaghfirullahhhal adzim... diri ini sungguh tidak ingin jadi seperti ini!
tiada manfaat langsung bg mnusia! sdangkan Rasulullah SAW sndiri pernah bersabda, Ssungguhnya sebaik2 manusia,ialah yang memberi manfaat kpd manusia.(min tak berapa ingat ayat yg betul.tp maksudnya sperti ini lah)

ayuh! kita semai iman kita. suburkan ia! sirami ia dengan zikir Allah.. basahi ia dengan Al Quran... berikan ia cahaya dengan bersedekah serta ikhlas dalam segala amalan. jauhi prasangka buruk, hasad dengki. pandang sesuatu yg terjadi dengan hikmah! kerana Allah TIDAK PERNAH MENZALIMI hamba2nya. melainkan hambaNya sendiri.
Allah Maha Pemaaf.. Allah Maha Pengampun.. Dia tidak pernah membiarkan kita sendirian. malah Dia sentiasa melihat kita. kita menangis, kita sedih, kita menjerit lantaran ujian2 yg kita hadapi, tapi Allah tak pernah terlepas pandang akan kita. kerana ujian Dia, tanda Dia SAYANG pada kita.. Dia menguji kita, untuk melihat sejauh mana kita meletakkan  Allah dihati kita. sejauh mana Allah dalam hati kita, setinggi itu lah Allah memandang kita.
Allah...Allah...Allah...

Ayuh...menghabiskan umur muda kita ini, dengan pengorbanan jiwa, dengan amal soleh. suburkan iman, dan jadilah muslimin dan muslimah yg merindui Allah. yg hatinya, hanyalah memikirkan Allah,Allah,Allah.............

No comments:

Post a Comment