Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati. Disitulah Allah melenyapkan segala rsa putus asa & kesedihan akibat dosa, kmudian diganti dengan harapan & keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Kerana ku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku...

Tuesday, June 7, 2011

Mati hidup kembali.

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...


ya Allah...mohon hatiku dibersihkan sebelum memulakan apa2 perbicaraan,
agar tidak menjadi hijab kpd para pembaca untuk menerima apa yang diri ini sampaikan.
ya Kareem... Tuhan pencipta sekalian makhluk, Tuhan yg membolak-balikkan hati ini, teguhkanlah hati ini di jalanMu. walaupun pelbagai halangan,ujian Mu yang hadir, namun tetapkanlah hati ini agar terus istiqamah berada di landasan yg betul. jika diri ini tewas, Kau hadirkanlah cintaMu dalam hati ini, agar aku terus membenci kejahilan dalam diriku.
kerana ku yakin, saat Kau mencampakkan cintaMu ke dalam hatiku, adalah saat diriku membenci kejahilanku, saat imanku meronta2 untuk dibebaskan, dan tunduk padaMu, dan meneruskan tugasku, sebagai da'ie, sebagai muslimah, sebagai hambaMu..terus menuju mencapai matlamat.. memiliki qalbun salim.. merasai halawatul iman...

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..
teruskan mengingatkan diriku agar sentiasa memuhasabah hati ini.
teruskan mengingatkan diriku supaya tidak leka dgn dunia,
teruskan mengingatkan diriku bahawa sahabat2 disana dahagakan cahaya iman,
teruskan mengingatkan diriku bahawa aku perlu terus menyampaikan,menyampaikan, dan menyampaikan..

ya Allah,yg Maha Adil...
Kau tahu keupayaan diri ini..janganlah Kau uji diriku lebih drpd keupayaanku...
perit..sakitnya... tapi ku tahu,itulah yg terbaik. kerana diriku adalah insan yg terpilih. untuk menghadapi segala yg telah Kau rancangkan..
ya Allah.. ku tahu,
setiap rintihan ku, setiap tangisan ku, setiap doaku,
Kau mendengar...
tapi janganlah Kau berpaling dariku,lantaran dosa2, kotoran2 dalam hati ini..
kerana diri ini sangat memerlukanMu.
kpd Engkaulah, kami semua akan kembali.
Rabbana zolamna an fusana, wa illam taghfirlana, wa tarhamna lanaku nannaminal khosirin..
ammen..ya Rabbal alamin..  

No comments:

Post a Comment