assalamualaikum w.b.t,
salam mahabbah(kasih sayang) kpd saudara2 seIslam,
kpd sahabat2, kpd akhowat2 yg amat2 min sayangi fillah.
Hari ni hati melonjak2 gembira. "ketibaan" seorang posmen menghantar sekotak bungkusan, yg tertera nama ......................
waaahh..siapalah yg bagi. siap pos laju lagi! ^_^
buka2 je, seronoknyaaa!!!!!!!!!!!
buku,buku,buku!!!!
Dari Penjara Taliban Menuju Iman, Palestin Tak Pernah Gentar, Palestin Kami Datang.
subhanallah..sungguh cekap Pustaka Iman!! min kagum! =)
min "try" order online pula kali ni, membeli buku2 yang teringin sangat2 utk dibaca, sementara mengisi kelapangan masa duduk dirumah.
alhamdulillah...terjumpa blog muslim yg menawarkan khidmat menjual buku secara online.
inshaAllah, disamping ingin membeli buku, kita niatkan juga untuk bantu sahabat2 muslim kita iaitu melalui perniagaan sesama muslim itu sendiri. =)
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!
baru 2hari lepas sahaja order.hari ni, dah dapat buku2 tersebut. sedangkan masih belum membuat sebarang pembayaran.
tahniah pustaka iman! saya terima kesemua buku2 dalam keadaan yg baik, dan amat kagum dengan cara perniagaan Pustaka Iman.
sahabat2, kalau nak menjamah buku2, belilah secara online di www.pustakaiman.blogspot.com
bezanya kalau beli di MPH, tiada caj pos jika kita sendiri yang pergi ke MPH atau popular.
tapi, apa salahnya membantu saudara seIslam kita sendiri berniaga, ye tak? inshaAllah! ^_^
tak tahu mengapa,Allah gerakkan hati untuk membaca kisah2 yg berlaku di Palestin, Gaza. mungkin,salah satu cara untuk kita memuhasabah diri, melihat saudara2 seIslam kita yg ditindas oleh laknatullah, Yahudi.
kita disini, masih boleh bersenang lenang. masih boleh keluar, berjalan2 dimana2 pusat membeli belah atau sebagainya, atau disini kita masih leka dengan permainan dunia,
sedangkan saudara2 kita disana, dipijak, ditembak, diambil hak kemanusian mereka.
makanan2, mainan2, ubat2an.. astaghfirullahal azim..kita merasai kenikmatan disini, tapi mereka yang berada disana cukup sengsara.
inshaAllah, melihat mereka yg berada dibawah juga, salah satu cara untuk melahirkan rasa tawaduk, dan syukur atas segala nikmat yang Allah beri. nikmat itu juga adalah salah satu ujian yg terbesar buat kita. kerana Allah nak tengok, waktu kita senang, adakah bibir tetap mengingati Allah, ataupun hanya pada waktu susah.
Allahummaghfirlana..semoga Allah mengampuni setiap dosa2 yg menghitamkan hati, yang fitrah nya, adalah bersih, dan cintakan kebaikan, serta keimanan.
inshaAllah, sama2 amalkan qunut nazilah!
semoga Allah kasih kan kita..ameen..~




No comments:
Post a Comment