Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati. Disitulah Allah melenyapkan segala rsa putus asa & kesedihan akibat dosa, kmudian diganti dengan harapan & keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Kerana ku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku...

Monday, August 22, 2011

Tangisnya hati.


Salam sejahtera duhai hati,
Salam ketenangan duhai iman,
Salam kasih sayang buat diri..
salam alaika, ya Rasulullah..
salam alaikum..

bagaimana iman hari ni? Naik turunnya iman, hanya hati kita,dan Allah je yg tahu.
Haih..hati..oh hati..sensitif betul kamu ni,duhai hati…
Pabila terasa iman down sikit je berbanding semalam, hati terus terasa.
Alhamdulillah..dan astaghfirullah… moga dosa2 kecil yg memayungi,menggelapkan hati, terpadam kerana takutnya pada azab Allah.. Allahuakbar.. T_T

Min perasan, setiap kali min buka tafsir, atau tengok bacaan Al Quran kt astro oasis sementara menunggu azan, pasti akan ada ayat Allah yg berulang2.
iaitu, sungguh..azab Allah itu pedih.itulah firmanNya.

Masha Allah.. T_T fikiran terus “rewind” segala apa yg pernah dilakukan..sepanjang masa..sepanjang hidup..apa yg diri ni buat..

Ayat Allah ni,seakan2 mengingatkan min sepanjang masa tentang azab Allah! Asal bukak tafsir je,mesti jumpa maksud mcm tu. Tengok bacaan Quran kt tv pun, jumpa maksud yg sama..

Terkadang kita jatuh rebah..lantaran tak tertanggung dosa2 yg kita lakukan..seakan2, ingin kembali pada masa silam untuk mengubah segala apa yg berlaku.
Benci dgn segala yg berlaku.. kenapa aku yg kena alami..
Dan macam2 lagi persoalan yg bermain saat hati menangis..mata tak tertanggung lagi nak titiskan air mata.. saat kita rasa, give up dgn kehidupan.
Tapi.. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia2…
Dia ingin kita belajar sesuatu daripada apa yg berlaku.itulah kehidupan.

“Dan(juga) org2 yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,(segera) mengi gat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa2nya..” 3:135

Sungguh..Allah..kadang2 min rasa semua yg berlaku tak adil!dan min akan pandang ke langit, bercakap dgn Allah, kenapa..kenapa..kenapa..kenapa begini jadinya..

“Dan mohonlah pertolongan(kpd Allah) dgn sabar & solat” 2:45
Yea…kita akan temui kembali identiti diri kita yg sebenar dengan sabar, solat..dan juga pabila diri dekat dgn al Quran. Bahagianya hati.terasa bagaikan diri hanya ada bersama Allah. Dan hanya perlukan Allah,Allah, dan Allah. Saat jiwa perit, saat hati hancur, saat diri resah, tapi Dia ada…

Kadang2 terasa dgn ayat Allah, mafhumNya, segala apa yg berlaku adalah kerana perbuatan tanganMu sendiri. T_T 
Sedih bukan?menyesal bukan? Benci..benci..benci sangat2.. T_T

Hinanya diri…zalimnya diri ini…
Banyaknya dosa!!
Allahummaghfirli,ya Allah, Allahummaghfirli, ya Ghaffar!!

Ada satu masa, diri terasa, mati itu jauh lebih baik.daripada hidup di dunia, yg hanya penuh dgn tipuan manusia..yg hanya penuh dgn kata2 manis manusia..yg penuh dgn fatamorgana!
Kerana tak sanggup menahan kesedihan..kerana tak sanggup berbuat dosa lagi.kerana tak sanggup menggadaikan hati,iman kerana nafsu dunia.

Tapi..hanya mati kerana syahid yg kukejar..hanya mati kerana jihad di jalanMu saja yg diri ni kejar..
Bukan hanya mati sekadar hilangnya jasad di bumi.dan bukannya mati hanya kerana ingin hentikan kesedihan diri.bukan…

Ya Allah…Kau maha Mendengar..Kau mendidik hambaMu menjadi lebih tabah dan sabar..
Sabar…itulah tarbiyah dariMu..Sabar..

Rabbana innana amanna faghfirlana zunubana waqina azabannar..Ameen3x~  T_T